Who's that FELLA ?! 0.o"

Pagi tadi pergi sekolah macam biasa ,
Naik bas U75 , Pantai Dalam .
Tidak perasan LELAKI tu ada . . .
Ya ! lelaki yang selalu memerhatikan aku dalam bas tu
Aku mula perasan kehadirannya sejak mula'mula naik bas dulu
Pandangannya , renungannya dan wajahnya menyeramkan .
Memang aku sedar , aku selalu diperhatikan .
Tak tahu nak gambarkan macam mana , hanya aku yang tahu :(

Dalam pukul 6.35 pagi aku sampai perhentian bas .
Erghh ! terlalu awal pula waktu tu .
Dengan perasaan gementar , 
aku berjalan ke sekolah yang agak jauh dan sunyi .
Setelah aku toleh kiri , kanan , depan dan belakang 
Pandangan ku yakin , sememangnya tiada sesiapa yang lalu disitu
kecuali AKU .
Selang beberapa minit , aku amik keputusan menoleh lagi .
TERKEJUT ! macam mana lelaki tu boleh ada belakang aku ?!
Padahal , dia yang turun bas dulu :|
dan aku yakin bukan itu laluan yang selalu digunanya
kerana tidak pernah aku lihat dia menggunakan jalan itu

Dengan perasaan yang semakin berkecamuk ,
Aku percepatkan langkahku .
Semakin cepat aku melangkah , semakin dekat dia menghampiri .
Pada waktu tu , aku hanya berharap agar diriku selamat .
Perlahan'lahan tanganku meraba beg di belakang .
Mencari'cari HP yang ku bawa .
Saat tu aku berpura'pura seakan menghubungi seseorang
dan dia yang kelihatan gelisah dengan tiba2 menggunakan jalan lain .
' Ya Allah , alhamdulillah ' kata hatiku . . .

Perasaan itu turut aku kongsikan kepada sahabatku 
dan beberapa orang guru .
Kerisauan jelas terpancar diwajah mereka .
Begitu juga ahli keluarga dan jiran tetangga yang lain .
Dapat ku lihat raut wajah emak dan ayah yang ketakutan 
diselangi perasaan risau .
Emak yang banyak membisu akhirnya menyuarakan pendapat
agar aku dihantar ke sekolah oleh ayah .

Apa yang dapat aku lakukan sekarang adalah :
Lebih berhati-hati dan berwaspada .

But . .. who's that FELLA ?

Kenapa ketakutan ? :
*MGSKL merupakan sekolah yang dihuni oleh semua perempuan
*Telah banyak kes rogol dan kes kejam lain yang dilaporkan
p/s : kita hanya mampu membaca , mendengar dan melihat tetapi kita tidak bisa merasa kerana kita tidak melaluinya . . .

No comments:

Post a Comment